Program dan aktiviti integrasi yang dilaksanakan di sekolah lebih terancang dan berfokus.
• Melibatkan penubuhan jawatankuasa pelaksana di peringkat KPM, JPN, PPD,
PPG dan Sekolah.
• Perancangan dan Strategi Pelaksanaan berdasarkan analisis
keperluan.
• Melibatkan pemantauan dan pelaporan di semua peringkat.
· Merupakan satu usaha
perluasan, pemantapan, dan penambahbaikan program sedia ada.
LAMA
|
BARU
|
Dilaksanakan secara berkelompok di sekolah rendah sahaja.
|
Melibatkan semua sekolah, ‘secara berkelompok’ dan ‘peringkat sekolah’ di semua sekolah rendah dan menengah.
|
Tidak semua negeri terlibat.
|
Melibatkan semua negeri.
|
Pelaksanaan aktiviti di peringkat kokurikulum.
|
Merentas semua kokurikulum dan kurikulum.
Menjadikan program integrasi di sekolah sebagai satu agenda yang perlu diberi keutamaan.
|
BAB 1:
PENGENALAN RIMUP
RIMUP mula diperkenalkan pada tahun 1986 di peringkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja..
LATAR BELAKANG
• Hubungan rapat terjalin antara murid.
• Wujud persefahaman dan perpaduan.
• Saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.
DASAR KPM
• Menyediakan peluang kepada semua murid pelbagai kaum bergaul mesra
secara SEDAR dan TERANCANG.
• Perpaduan dapat dipupuk dan dibina serta diamalkan dalam
masyarakat.
KAEDAHRIMUP
1. Melibatkan masyarakat dan warga sekolah antaranya:
Dua agensi utama menjayakan RIMUP, iaitu:
i. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
ii. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Penerangan dan
beberapa kementerian lain serta wakil-wakil rakyat.
2. Badan-badan Bukan Kerajaan termasuk:
• Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
• Masyarakat Setempat
• Guru
• Murid-murid
= KEMUDAHAN DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA
MATLAMAT
MELAHIRKAN GENERASI MALAYSIA:
i. BERILMU PENGETAHUAN
ii. BERJIWA DAN BERPERIBADI UNGGUL
iii. SEMANGAT MUHIBAH
iv. MAMPU MENGHADAPI CABARAN SECARA KOLEKTIF DAN BERSEPADU
OBJEKTIF RANCANGAN
PENYERTAAN AKTIVITI RIMUP MELIIBATKAN:
• MASYARAKAT SETEMPAT, PARA GURU, MURID DAN WARGA SEKOLAH SECARA SEDAR
DAN TERANCANG, KESEFAHAMAN DAN TOLERANSI, SERTA BERKONGSI KEMUDAHAN DAN KEPAKARAN.
KEGIATAN KHAS (6 Kumpulan Pendekatan)
i. AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK
ii. AKTIVITI KESUKANAN DAN PERMAINAN
iii. AKTIVITI KOKURIKULUM
iv. AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT
v. AKTIVITI MENINGKATKAN PATRIOTISME
vi. AKTIVITI VIRTUAL MELALUI e-INTEGRASI
JAWATANKUASA RIMUP
• PERINGKAT KEBANGSAAN
• SEKRETARIAT TETAP
• PERINGKAT NEGERI
• PERINGKAT DAERAH
PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH RENDAH
KELOMPOK:
A
|
SK, SJK(C) & SJK(T)
|
B
|
SK & SJK(C)
|
C
|
SK & SJK(T)
|
D
|
SJK(C) & SJK(T)
|
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Sekiranya tidak terdapat sekolah kelompok, sekolah perlu mengadakan RIMUP dalam konteks sekolahnya sendiri.
PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH MENENGAH
KELOMPOK
A
|
SEKURANG-KURANGNYA 2 SMK
|
B
|
SEKURANG-KURANGNYA 2 SMK TERMASUK SMJK/SMT/SMA/SBP
|
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Sekiranya tidak terdapat sekolah kelompok, sekolah perlu mengadakan RIMUP dalam konteks
sekolahnya sendiri.
PELAN PELAKSANAAN RIMUP DAN e-INTEGRASI
Bagi mencapai hasrat perpaduan yang mantap dalam kalangan murid pelbagai kaum, Kementerian Pelajaran telah menetapkan agar pelaksanaan RIMUP dan e-Integrasi menjadi
salah satu daripada agenda utama dalam RMK-9. Kementerian Pelajaran mensasarkan agar tempoh tersebut, murid sekolah rendah yang pelbagai aliran ( SK, SJK(C) dan SJK(T) ) boleh berinteraksi dan
bersama-sama mengikuti program yang terancang melalui RIMUP dan e-Integrasi.
(Rujuk lampiran M1 dan M2)
BATASAN DAN KUASA
• AJK RIMUP TIDAK BOLEH MENYENTUH ASPEK AGAMA DAN PENTADBIRAN
SEKOLAH
• KEPUTUSAN AJK MESTILAH DIPERSETUJUI BERSAMA-SAMA UNTUK SETIAP
TINDAKAN
• SEMANGAT KERJASAMA, MUHIBAH, TOLERANSI DAN KESEFAHAMAN MENJADI TERAS
UTAMA PELAKSANAAN PROGRAM
BAHASA
• BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR
• BAHASA INGGERIS DAN BAHASA IBUNDA MENGIKUT KEPERLUAN
NORMA KHAS PERUNTUKAN KEWANGAN
• Peruntukan bagi melaksanakan program RIMUP dibuat secara pukal mengikut
sekolah. Peruntukan yang diberi adalah di bawah Dasar Baru dan dalam bentuk Geran Tahunan.
• Bagi pelaksanaan RIMUP secara kelompok, sekolah-sekolah yang terlibat
dalam kelompok berkenaan perlu berbincang melalui Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kelompok dan memutuskan jumlah perbelanjaan yang perlu dibuat oleh sekolah masing-masing dalam pelaksanaan sesuatu
aktiviti.
• Bagi sekolah yang melaksanakan RIMUP dalam konteks sekolahnya sendiri,
keputusan perbelanjaannya perlu dibuat oleh Jawatankuasa RIMUP Peringkat Sekolah berkenaan. Maka peruntukan secara pukal diberikan kepada sekolah, iaitu:
A. RM 2,000 bagi setiap sekolah rendah dalam kelompok A dan setiap sekolah
menengah.
B. RM 1,500 bagi setiap sekolah rendah yang berada dalam kelompok B, C dan D serta
sekolah yang melaksanakan RIMUP dalam konteksnya sendiri.
C. RM 500 bagi Sekolah Kurang Murid (SKM yang kurang daripada 50 orang murid) yang
melaksanakan RIMUP dalam konteks sekolahnya sendiri.
PELAKSANAAN RIMUP PERINGKAT KELOMPOK DAN SEKOLAH
Pendahuluan: Satu jawatankuasa hendaklah ditubuhkan di peringkat Kelompok dan Sekolah.
Rujuk LAMPIRAN 7a dan LAMPIRAN 7b
Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada:
1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi I
3. Naib Pengerusi II
4. Setiausaha
5. Penolong Setiausaha
6. Bendahari
7. Ahli Jawatankuasa tidak melebihi 24 orang
8. 2 orang Pemeriksa Kira-Kira
JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN PERINGKAT KELOMPOK
Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah
Pengerusi : Guru Besar/Pengetua
Naib Pengerusi I : Guru Besar/Pengetua
Naib Pengerusi II : Guru Besar/Pengetua
Setiausaha : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid*
Pen. Setiausaha : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Bendahari : Wakil Guru
Ahli Jawatankuasa
1. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Guru Penolong Kanan Akademik
4. Seorang Wakil Guru dari setiap sekolah
5. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
6. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah (jika ada)
7. Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan
8. Ketua-ketua Kaum Setempat
9. Penghulu/Ketua Kampung
10. Agensi lain/NGO/Orang Perseorangan
11. Alumni setiap sekolah
JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN PERINGKAT SEKOLAH
Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah
Pengerusi : Guru Besar/Pengetua
Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pen. Setiausaha : Setiausaha Sukan
Bendahari : Guru
Ahli Jawatankuasa
1. Guru Penolong Kanan Akademik
2. Penyelia Petang (jika ada)
3. Ketua Bidang/Ketua Panitia
4. Guru Disiplin
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling
6. Ketua Warden (jika ada asrama)
7. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
8. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah (jika ada)
9. Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan
10. Wakil ibu bapa bagi setiap kaum
11. Penghulu/Ketua Kampung
12. Agensi lain/NGO/Orang Perseorangan
13. Alumni
Penyandang Jawatan
1. Pengerusi: Hendaklah dipilih daripada salah seorang Guru Besar atau Pengetua
sekolah-sekolah yang terlibat. Jawatan ini akan dipegang bagi tempoh satu tahun persekolahan dan selepas itu akan diambil alih oleh Guru Besar atau Pengetua yang lain.
2. Naib Pengerusi I dan Naib Pengerusi II: Hendaklah dipilih daripada Guru Besar atau
Pengetua sekolah lain dalam kelompok tersebut. Pelantikan adalah bagi tempoh satu tahun persekolahan.
3. Setiausaha: Hendaklah dilantik daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah yang
Guru Besar atau Pengetuanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa RIMUP. Tempoh pelantikan ialah satu tahun persekolahan.
4. Penolong Setiausaha: Hendaklah dipilih daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang
menjadi Ahli Jawatankuasa RIMUP.
5. Bendahari: Hendaklah dipilih dalam kalangan guru yang menjadi Ahli Jawatankuasa
RIMUP.
6. Pemeriksa Kira-kira: Hendaklah dipilih daripada Ahli Jawatankuasa RIMUP.
7. Semua pelantikan Ahli Jawatankuasa RIMUP adalah bagi tempoh satu tahun
persekolahan.
Tugas-tugas Jawatankuasa RIMUP
1. Tugas Jawatankuasa RIMUP adalah untuk merancang, mengatur, melaksana, dan memantau
kegiatan-kegiatan khas yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa.
2. Mesyuarat Jawatankuasa RIMUP hendaklah diadakan tidak kurang daripada dua kali
setahun.
3. Pengerusi Jawatankuasa RIMUP boleh memanggil AJK pada bilabila masa untuk bermesyuarat
dengan syarat notis dikeluarkan tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat.
4. Pengerusi hendaklah memaklumkan kepada PPD selaku penasihat tentang tarikh dan perjalanan
mesyuarat.
Tugas-Tugas Khas Mengikut Jawatan
1. Pengerusi: Pengerusi Jawatankuasa RIMUP hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat.
Jawatankuasa bertanggungjawab sepenuhnya atas perjalanan semua mesyuarat.
2. Naib Pengerusi I Dalam masa ketiadaan Pengerusi, Naib Pengerusi I hendaklah menjalankan
tugas-tugas Pengerusi.
3. Naib Pengerusi II Dalam masa ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi II
hendaklah menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
(Catatan : Jika Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi tidak hadir, jawatankuasa boleh melantik salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang hadir untuk
mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa.)
Setiausaha
i. Setiausaha hendaklah mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat, menguruskan hal
surat-menyurat dan pentadbiran serta membentangkan laporan tahunan.
ii. Menyediakan laporan aktiviti dua kali setahun untuk rujukan dan tindakan
PPD/PPB.
Penolong Setiausaha: Penolong Setiausaha bertanggungjawab membantu Setiausaha dalamsemua urusan RIMUP dan
menjalankan tugas-tugas Setiausaha semasaketiadaan Setiausaha.
Bendahari: Bendahari bertanggungjawab:
1. Dalam semua hal kewangan RIMUP
2. Menyimpan rekod-rekod kewangan
3. Menyediakan penyata kewangan tahunan untuk diaudit
Tempat Mesyuarat
Mesyuarat Jawatankuasa RIMUP hendaklah diadakan di sekolah yang Guru Besar atau Pengetuanya telah dipilih sebagai Pengerusi ataupun salah sebuah sekolah lain
yang dipersetujui
Korum Mesyuarat
Korum mesyuarat mestilah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa. Korum ini hendaklah dihadiri oleh ahli jawatankuasa daripada
semua jenis sekolah yang berkenaan.
PELAKSANAAN PROGRAMDAN AKTIVITI RIMUP
PELAKSANAAN
PANDUAN AM
• Mencapai matlamat perpaduan antara kaum.
• Pemilihan aktiviti tertakluk kepada kemudahan dan kemampuan.
• Undang-undang dan peraturan diterangkan dan diajar terlebih
dahulu.
• Aktiviti dipersetujui bersama-sama.
• Cara mendapatkan kewangan mesti mendapat persetujuan Jawatankuasa
RIMUP (peruntukan SMK boleh digunakan).
• Aktiviti sebagai kegiatan tambahan kepada aktiviti yang sedia ada
di luar waktu sekolah.
• Mesti melibatkan semua kaum, semua jenis sekolah dalam setiap kali
aktiviti diadakan.
• Penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat dalam kegiatan
khas.
KEGIATAN KHAS
1. Program Kecemerlangan Akademik
9 Jenis Aktiviti dicadangkan:
a) Seminar Menghadapi Peperiksaan
b) Karnival Sains dan Matematik
c) Karnival Bahasa Malaysia dan Bahasa
d) Inggeris
e) Jejak Sejarah
f) Debat Perpaduan
g) Kuiz Bina Bangsa
h) Sayembara Perpaduan
i) Pertandingan Menulis Cerpen
Pertandingan Fotografi Perpaduan
2. Aktiviti Sukan dan Permainan
a. Permainan Tradisional
b. Sukaneka/Sukan Rakyat
c. Mencari Harta Karun
3. Aktiviti Kokurikulum
a. Kebudayaan
b. Sambutan dan Perayaan
c. Perkhemahan dan Lawatan
4. Khidmat Masyarakat
Aktiviti Khidmat Masyarakat akan diadakan dalam bentuk Kegiatan Khas. Terdapat 5 aktiviti yang dicadangkan sebagai Kegiatan Khas RIMUP, iaitu:
a.Gotong-royong
b.Melawat Rumah Orang-orang Tua/Anak Yatim
c. Bantuan Bencana Alam
d. Program ala “Bersamamu”
e. Projek Community Chest (projek khas untuk golongan istimewa)
5. Aktiviti Meningkatkan Patriotisme
Aktiviti untuk meningkatkan patriotisme yang akan dijalankan dalam bentuk Kegiatan Khas RIMUP, iaitu:
a. Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena dengan Hari Kebangsaan
b.Kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara
c.Kelab Rukun Negara
d.Kempen Kibar Jalur Gemilang
6. e-Integrasi
Program e-Integrasi melibatkan satu sistem interaktif virtual dan fizikal berasaskan tematema perpaduan yang menggalakkan pembelajaran merentasi budaya persefahaman,
saling menghormati dan semangat toleransi dalam kalangan peserta. ICT digunakan secara kreatif dan inovatif untuk memupuk hubungan dan persefahaman antara kaum secara tidak formal. Program
e-Integrasi akan mewujudkan
minda secara virtual menggunakan platform ICT dalam kalangan murid daripada pelbagai aliran sebelum bermulanya pertemuan fizikal. Kementerian Pelajaran telah
memutuskan bahawa pada tahun 2007 sejumlah 337 buah sekolah rendah akan memulakan pelaksanaan program e-Integrasi dan diperluas sepenuhnya menjelang tahun 2010.